Media Room
Media Room

Soalan berhubung program Transformasi Kedai Runcit (TUKAR) – The Malaysian Insider

  1. Statistik dan jumlah terkini peruncit yang telah berdaftar dengan TUKAR.
  2. Kadar kejayaan peruncit selepas berdaftar di bawah TUKAR.
  3. Menurut tinjauan yang kami lakukan, didapati beberapa peruncit mengeluh dengan program ini. Mereka berkata konsep transformasi kedai runcit mereka tidak berjaya dan hanya merugikan mereka.

Case study: Mary Provision Store, Bangsar - katanya pihak TUKAR telah memberikan sejumlah amaun RM60k kepadanya (it is not cash in hand), RM40k diperuntukkan kepada renovation kedai yang katanya ia bukan major renovation dan tidak memerlukan kos sebanyak itu. Dan RM20k wang yang diperuntukkan sebagai modal perniagaannya, dimana beliau perlu menghabiskan jumlah wang itu dalam masa sehari bagi memborong barang-barang di pasar raya besar (konsultan appointed by TUKAR). Akhirnya kebanyak barang-barang tersebut mencapai tarikh luput sebelum dapat dijual dan beliau mengalami kerugian yang besar kerana terpaksa membuang barang-barang runcit tersebut.

PROGRAM TRANSFORMASI KEDAI RUNCIT (TUKAR)

Latar Belakang

Program Transformasi Kedai Runcit (TUKAR) merupakan salah satu Entry Point Project (EPP) di bawah Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA) bagi Pemborongan dan Peruncitan yang diselia oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK). Program ini telah dilancarkan pada 19 Februari 2011 dan bertujuan untuk memodenkan kedai runcit tradisional dan sedia ada bagi meningkatkan daya saing dalam persekitaran peruncitan yang kompetitif.

Konsep Transformasi Yang Diterapkan Di Dalam Program TUKAR

Program ini menfokuskan untuk mentransformasi peserta melalui dua aspek iaitu: 



Peluang Yang Ditawarkan Di Dalam Program TUKAR
  1. Pinjaman sehingga RM80,000 oleh Bank Rakyat dengan kadar caj perkhidmatan serendah 3% bagi tempoh 15 tahun (antara pinjaman perniagaan terendah di pasaran).  
  2. Pinjaman ini tidak memberikan wang tunai agar peserta benar-benar memanfaatkan pinjaman bagi tujuan perniagaan.  
  3. Khidmat nasihat secara percuma oleh konsultan yang dilantik oleh KPDNKK.  
  4. Peluang untuk menambahbaik keadaan fizikal kedai, menaik taraf mesin dan peralatan serta mengikuti kursus yang dianjurkan secara percuma oleh KPDNKK kepada peserta TUKAR.  
  5. Peserta TUKAR telah dilengkapkan dengan Sistem Point of Sale (POS) sejak tahun 2011 lagi sebagai persediaan awal pelaksanaan GST.

Pelaksana Program TUKAR

  1. Pembiaya Yang Terlibat

        KOPERASI KHAS YANG DILANTIK OLEH KPDNKK  
     Memberikan pinjaman kepada peserta yang memenuhi kriteria TUKAR.  Memberikan bantuan perniagaan kepada koperasi yang menjalankan perniagaan kedai runcit.  Memberikan pinjaman kepada ahli koperasi mereka yang menjalankan perniagaan runcit termasuk membuka penyertaan sebagai ahli kepada peserta yang menghadapi masalah disenarai hitam oleh CTOS/CCRIS.


  2. Konsultan Yang Dilantik

    Memberikan khidmat nasihat secara percuma

 Flow Transformasi Sesebuah Kedai TUKAR


Statistik Peserta

Kajian Impak Program TUKAR yang dijalankan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan dengan kerjasama Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (PEMANDU), Jabatan Perdana Menteri pada awal tahun 2013. Daripada 1167 kedai yang berada dalam program TUKAR sewaktu itu, 806 kedai telah bersetuju untuk ditemu bual. 616 kedai telah melalui transformasi kedai melebihi 12 bulan membolehkan penilaian peningkatan/penurunan jualan dibuat. Penilaian tersebut menunjukan 77% kedai tersebut mengalami peningkatan jualan. Daripada jumlah tersebut :



Manakala 117 peserta (10%) daripada 1167 peserta yang telah ditransformasikan ketika kajian dijalankan telah berpindah lokasi perniagaan, menghentikan operasi kerana telah menjual perniagaan kepada entiti lain serta mengalami penurunan jualan akibat persaingan dengan peruncit di kawasan setempat.

KPDNKK akan terus komited melaksanakan penambahbaikan serta pemantauan terhadap peserta program TUKAR bagi memastikan mereka terus berdaya saing di dalam bidang peruncitan yang semakin kompetitif. Sehingga 24 Julai 2015 sebanyak 2047 buah kedai runcit telah ditransformasikan di seluruh negara.
             
Mengenai Mary Provision Store

Pengusaha Mary Provision Store iaitu Puan Anamary A/P Arokiam telah menyertai program TUKAR pada 1 Februari 2012 dengan mendapat pembiayaan daripada Koperasi Suria Malaysia Berhad yang juga merupakan salah satu daripada pembiaya yang dilantik oleh Kementerian untuk program ini. Beliau telah mendapat khidmat nasihat daripada pasaraya besar Tesco bagi membantu mentransformasikan kedai beliau. Memandangkan persaingan di dalam bidang peruncitan menjadi semakin sengit di lokasi kedai beliau terutamanya dengan kehadiran pasaraya 99Speedmart dan TMC yang mempunyai kapasiti untuk menjual barangan yang lebih murah, Puan Anamary mengambil keputusan untuk menghentikan operasi kedai runcit TUKAR beliau pada 31 Disember 2013 dan menukar perniagaan kepada kedai makan yang dapat memberikan margin yang lebih tinggi.   
2015/08/25
Status:
Economic Transformation Programme
The ETP Transformation Story
The Economic Transformation Programme (ETP) is a comprehensive effort that will transform Malaysia into a high-income nation by 2020.
Copyright © 2013 Performance Management & Delivery Unit (PEMANDU)