LFoundry Malaysia Sdn Bhd akan membina kilang pembikinan wafer 200-mm di Taman Teknologi Tinggi Kulim (KHTP).
Kerja pembinaan akan bermula pada Disember dan akan selesai dalam tempoh 18 bulan. Kilang pembikinan wafer ini dijangka menghasilkan peranti analog, isyarat bercampur dan bervoltan tinggi menggunakan teknologi proses 130- hingga 110-nm. Syarikat juga telah menetapkan sasaran untuk membina lima kelompok pembikinan di KHTP dalam tempoh 10 tahun akan datang utnuk memajukan industri Elektrik & Elektronik di Malaysia. Projek ini merupakan Projek Permulaan (EPP) pertama di bawah NKEA Elektrik & Elektronik.
Layari Projek-Projek yang lain
2012/02/07
Numbers featured within this section are correct as of announcement date.